SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI) & SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)
OBJEKTIF
- Meningkatkan kualiti anggota akademik.
- 60 peratus daripada jumlah anggota akademik IPTA berkelayakan Ph.D pada tahun 2010.
- Sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
- Untuk menambahkan bilangan tenaga pengajar akademik Bumiputera di IPTA tempatan.
- Untuk menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.
- Untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
- Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN
- Terbuka kepada semua pensyarah.
- Konsep Latihan Dalam Perkhidmatan.
- Tumpuan kepada pengajian Ph.D
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia ;
- Bumiputera ;
- Umur : 35 tahun – Sarjana & 40 tahun – Ph.D
- Ijazah Sarjana Muda yang baik – CGPA 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas ;
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja ;
- Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain ;
- Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan ;
- Menghadiri dengan jayanya Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara;
- Permohonan diperakukan oleh pihak universiti ;
- Mendapat tawaran tempat pengajian ;
- Diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan ;
- Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau IELTS 6.5 bagi pengajian ke luar Negara atau TOEFL 460 (paper-based) atau 140 (computer-based) atau IELTS 5.0 bagi pengajian dalam Negara ;
- Telah menghasilkan sekurang-kurangnya 2 penerbitan ;
- Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang permohonan JPA (L) LDP 1B/96 ;
- Salinan surat tawaran universiti yang menawarkan tempat pengajian ;
- Curriculum Vitae pemohon dan penyelia ;
- Salinan keputusan ujian Bahasa Inggeris TOEFL / IELTS ;
- Salinan kad pengenalan dan Sijil Kelahiran pemohon serta ibu dan bapa pemohon ;
- Salinan Ijazah Pertama dan / atau Sarjana yang berkaitan ;
- Sijil Kursus Bina Negara.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
- Elaun dan kemudahan yang dibayar adalah mengikut kadar elaun dan kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa ;
- Elaun dan kemudahan pegawai akan dibayar terus oleh Bahagian Biasiswa, KPT;
- Elaun dan kemudahan bagi keluarga pegawai akan dibiayai oleh pihak universiti.
- Gaji yang diterima oleh pegawai semasa berkursus akan dibayar oleh pihak universiti.
JENIS-JENIS ELAUN DAN KEMUDAHAN
- Elaun Sara Hidup : Dibayar setiap 3 bulan sekali.
- Elaun Buku : Dibayar setahun sekali.
- Elaun Alat Perkakas : Dibayar setahun sekali.
- Elaun Pakaian Panas : Dibayar sekali bagi Negara beriklim sederhana.
- Elaun Penempatan : Dibayar sekali sebelum ke luar negeri.
- Yuran Pengajian : Dibayar kepada universiti berdasarkan invois yang diterima.
- Elaun Tesis : Dibayar sekali setelah tamat pengajian dengan menyertakan sesalinan tesis.
- Elaun Akhir Pengajian : Dibayar sekali diakhir pengajian.
- Tambang Perjalanan : Tambang kapal terbang sekali pergi dan balik atas kelas ekonomi.
- Rawatan Perubatan :
- Menjalani pemeriksaan kesihatan.
- Insuran kesihatan
- Bil rawatan di hospital dan klinik Kerajaan
- Rawatan pergigian terhad kepada mencabut dan menampal gigi.
- Sakit teruk berpanjangan – rawatan di Malaysia.
TEMPOH PENAJAAN
- United Kingdom
Sarjana - 12 bulan
PhD - 36 bulan
- Amerika Syarikat, Malaysia dan Negara-negara lain
Sarjana - 18 / 24 bulan
PhD - 36 bulan
|
SLA
SABATIKAL
POST DOCTORAL
KURSUS CUTI BELAJAR
|
|