LOGIN  UTAMA UMS PENDAFTAR DIREKTORI HRD FAQ  

FAQ
FAQ untuk PTK 
FAQ Kursus dalam Perkhidmatan 
FAQ BTN 
FAQ Cuti Belajar 
KEMBALI 

 
Cari
 

Senarai FAQ 
  Apakah itu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)?   
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah satu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus.

Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua pegawai awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi. Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

PTK telah diperkenalkan mulai 1 November 2002 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.  
   
  Apakah rasionalnya PTK diperkenalkan?   
PTK diperkenalkan bagi memupuk pembangunan diri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatan awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi.

Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pegawai perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing Negara, memupuk sikap dan budaya baru dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan (service delivery system). 
   
  Apakah objektif PTK?   
ecara ringkasnya, objektif PTK adalah untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan ke arah memastikan pegawai perkhidmatan awam mempunyai tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Rounded Rectangle: “Janganlah kita mengandaikan bahawa Penilaian Tahap Kecekapan sama ada melalui peperiksaan atau kursus hanya menguji tahap pencapaian kita semata-mata untuk memperolehi ganjaran. Apa yang paling penting dan perlu dihayati ialah untuk pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara ini. Peluang pembangunan diri (modal insan) ini boleh direbut melalui pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi pembelajaran bagi memastikan kita mempunyai tahap kompetensi yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang dilaksanakan.” Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj. Ahmad Damanhuri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, 8 Januari 2003 
   
  Adakah borang permohonan jawatan untuk jawatan akademik di UMS boleh didapati di laman web Jabatan Pendaftar?   
Borang permohonan tersebut boleh dicapai di bahagian 'Muat Turun'. Selain daripada itu, borang permohonan juga boleh dibeli dengan harga RM2 di Jabatan Pendaftar UMS atau pemohon boleh menulis kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftar, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu Sabah bersama-sama dengan wang pos bernilai RM2. 
   
  Adakah permohonan jawatan dibuka sepanjang tahun?    
Sebaik-baiknya mereka yang berminat untuk memohon jawatan di UMS menunggu sehingga iklan jawatan dikeluarkan di surat khabar untuk mengelak sebarang kesilapan dalam memproses borang permohonan yang diterima. 
   
  Sekiranya saya ingin memohon peperiksaan atau kursus penilaian tahap kecekapan apakah syarat-syarat yang perlu saya ikut?    
Permohonan untuk mengikuti peperiksaan atau kursus penilaian tahap kecekapan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
( i )Perlantikan jawatan tetap
( ii )Telah disahkan dalam jawatan
( iii )Diperakukan oleh Ketua Jabatan 
   
  Bagaimana saya ingin memohon peperiksaan / kursus penilaian tahap kecekapan?    
Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan untuk mengikuti Peperiksaan / Kursus Penilaian Tahap Kecekapan yang boleh diperolehi dari Unit Pengurusan PTK,Seksyen Peperiksaan,Sektor Pembangunan Sumber,Jabatan Pendaftar,atau Laman Web Jabatan Pendaftar,Universiti Malaysia Sabah. 
   
  Bilakah keputusan peperiksaan / kursus penilaian tahap kecekapan akan dikeluarkan?   
Keputusan peperiksaan / kursus akan di keluarkan setelah di sahkan dalam Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi Universiti Malaysia Sabah yang akan bersidang 4 kali setahun. 
   
  Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin memohon untuk rayuan semakan semula keputusan penilaian tahap kecekapan?    
Anda bolehlah memohon untuk rayuan semakan semula keputusan penilaian tahap kecekapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan dengan menghantar surat permohonan kepada alamat berikut:

Pendaftar
Unit Pengurusan PTK
Seksyen Peperiksaan
Sektor Pembangunan Sumber
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar,Aras 4,
Universiti Malaysia Sabah
Beg Berkunci 2072
88999 Kota Kinabalu
Sabah. 
   
  Bagaimana saya ingin mengetahui Jadual Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan?    
Jadual Peperiksaan dan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan diedarkan ke setiap Jabatan /Sekolah /Pusat /Institut /Unit pada awal tahun.Walau bagaimana pun, jadual dan pelaksanaan PTK boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Pendaftar,Universiti Malaysia Sabah. 
   
  Siapakah yang perlu mengikuti Kursus Kenegaraan Anjuran Biro Tatanegara?    
Kursus Kenegaraan Anjuran Biro Tatanegara bagi pelaksanaan Penilain Tahap kecekapan adalah wajib bagi pelantikan mulai tahun 2002 ke atas.

Kursus Kenegaraan hanya wajib diambil bagi calon-calon yang menduduki Tahap Kecekapan 1 sahaja.. 
   
  Bagaiman cara untuk memohon bagi mengikuti kursus kenegaraan?    
Permohonan hendaklah dibuat melalui Unit Pengurusan PTK,Seksyen Peperiksaan,Sektor Pembangunan Sumber,Jabatan Pendaftar dengan mengisi Borang Permohonan untuk mengikuti Kursus BTN.

Borang permohonan boleh diperolehi di laman web Biro Tatanegara:
www.btn.gov.my
 
   
  Bilakah Tarikh Lulus PTK berkuatkuasa?    
arikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan adalah pada tarikh hari pertama mendudukinya.Bagi pegawai yang mengulangi, tarikh kuatkuasa lulus adalah pada tarikh hari pertama mengulangi Komponen PTK.
 
   
  Berapakah jumlah keseluruhan GCR yang boleh disimpan?    
Tidak lebih 120 hari sepanjang perkhidmatan.(Bergantung kepada perubahan pekeliling) 
   
  Berapakah jumlah cuti sakit yang layak dimohon dalam setahun?    
-Sijil sakit swasta:

* Pesakit luar:15 hari
* Pesakit dalam:180 hari

-Hospital Kerajaan:

* 90 hari dengan kelulusan Ketua Jabatan 
   
  Apakah syarat cuti tanpa gaji?    
# Urusan persendirian yang mustahak di dalam @ luar negara
# Telah menghabiskan semua cuti yang berkelayakan sebelum mengambil cuti tanpa gaji.
# Syarat minimum cuti tanpa gaji ialah 6 bulan dalam perkhidmatan
# Tidak lebih daripada 360 hari 
   
  Apakah nama unit dan pegawai bertanggungjawab di Jabatan Pendaftar yang mengurus cuti kakitangan UMS?    
Nama unit yang mengurus cuti di Jabatan Pendaftar adalah Unit Kemudahan dan Elaun.Pegawai yang terlibat dalam mengurus unit ini adalah :

* Puan Alna Tugon
* Junainah Binti Jamahat 
   
  Apakah Syarat untuk memohon cuti Haji?    
Diantara syarat -syarat untuk memohon cuti Haji:

* Sah jawatan
* Bagi jawatan sementara (telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan)
* Hanya sekali sepanjang perkhidmatan
* 40 hari sepanjang perkidmatan
* Beragama Islam
* Berjawatan Tetap 
   
  Apakah syarat untuk memohon Ganti Cuti Rehat (GCR) dan berapakah limit hari yang boleh dibawa ke setiap tahun?    
Diantara syarat untuk memohon GCR adalah:

* Jawatan yang tetap sahaja
* Setiap tahun boleh memohon setengah daripada kelayakan cuti tahunan iaitu tidak lebih 15 hari.  
   
  Bagaimana kedudukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dibawah SSM?    
# Kaedah pemberian APC tidak dikaitkan lagi dengan keputusan pergerakan gaji
# Had siling pemberian APC ialah tidak melebihi dari 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian.
# Insentif dan hadiah APC
# Hadiah prestasi RM1,000
# Sijil Perkhidmatan Cemerlang
# Pemilihan anggota untuk APC diputusksn oleh Panel Pembangunana Sumber Manusia (PPSM)
# Borang LNPT untuk semua perkhidmatan
# Pemulihan anggota untuk APC diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
# Borang LNPT untuk semua perkhidmatan. 
   
Per page:  1 of 4  faq.asp?main005_faqPage=2 faq.asp?main005_faqPage=4  

 
   

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, PEJABAT PENDAFTAR, BAHAGIAN LATIHAN, BLOK SELATAN, ARAS 4, BANGUNAN CANSELORI, BEG BERKUNCI 2073,
88999 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.
TEL: 088-320000, FAX:088-320651, EMAIL:
hrd@ums.edu.my, LAMAN: http://pendaftar.ums.edu.my/hrd

Generated with CodeCharge Studio.